nmbvg

nmbvg

Saturday, March 22, 2014

Adab Muslimah Bekerja

Islam tidak melarang golongan wanita bekerja mencari nafkah bagi memenuhi keperluan hidup mereka dan juga demi membantu keperluan keluarga. Hal ini disebutkan secara umum dalam al-Quran bahawa ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu, baik laki-laki mahupun perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.” (Surah Ali-Imran : 195)
Bagaimanapun terdapat syarat dan adab yang perlu dipatuhi umat Islam dalam membenarkan Muslimah bekerja agar tidak berlaku fitnah dan kerosakan seperti yang disebut dalam hadis Nabi  Muhammad SAW: “Tidaklah ada fitnah yang lebih berat bagi lelaki selepas peninggalan ku daripada fitnah wanita.” (Muttafaq Alaih).

Penceramah bebas, Emran Ahmad berkata, perempuan adalah kelemahan lelaki dan sumber kepuasan dan keseronokan bagi golongan tersebut. Melihat perempuan sahaja sudah cukup menggembirakan lelaki apatah pula apabila lelaki dapat bersama wanita dalam urusan pekerjaan mahupun kehidupan.

Menurutnya, demi menjaga kehormatan dan kesucian kaum wanita, maka terdapat tujuh syarat dan adab yang penting yang perlu diperhatikan bagi Muslimah dalam pekerjaan.

“Pertama wanita tidak mengabaikan ibadah dan kewajipan syarak yang ditetapkan ALLAH SWT dan Rasul-Nya seperti bertauhid, menjauhi syirik, mendirikan solat, puasa, zakat, haji, menutup aurat dan menuntut ilmu.

“Kedua, pekerjaan tersebut bukanlah pekerjaan yang haram dan menyalahi syariat Islam atau menyumbang kepada sesuatu yang haram ataumembahayakannya. Tidak boleh bagi lelaki dan
perempuan melakukan sesuatu pekerjaan yang menyalahi syariat Islam atau terlibat dalam menyumbang kepada sesuatu yang haram,” katanya kepada penulis.


Tugas fitrah
Emran berkata, pekerjaan itu hendaklah tidak menghalang tugas fitrah Muslimah sebagai isteri dan ibu. Di samping itu, dia bertanggungjawab di sisi agama untuk melayani suami dan keluarganya melebihi tanggungjawabnya lain selain menyembah ALLAH SWT.

“Fitrah maksudnya semula jadi dan ketetapan asal yang dijadikan ALLAH secara fizikal dan mental bagi wanita termasuk keperluan hormon serta kejiwaannya. Doktor dan pakar perubatan menyebutkan bahawa banyak keburukan terjadi ke atas wanita yang tidak menyusukan anaknya termasuk risiko kanser payu dara,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam berkata, hendaklah pekerjaan yang diceburi itu tidak memberikan tekanan kepada seorang perempuan atau menyekatnya daripada berkahwin (jika belum) dan melahirkan anak. Hal yang sedemikian adalah kewajipannya terhadap agama, fitrah dan keluarga.

“Ramai wanita berkerjaya hari ini melewatkan perkahwinan kerana terikat dengan kerja dan situasi pekerjaan yang tidak memberi sokongan kepada perkahwinan. Hal ini tidak bagus khususnya kepada wanita yang mempunyai tempoh terhad untuk melahirkan anak iaitu sebelum umur 40 tahun (menopaus) dan pakar perubatan menyebutkan bahawa perkahwinan lewat memberi risiko anak cacat dan ketidaksuburan serta pelbagai lagi keburukan,” katanya.

Antara lain syarat perlu diberi perhatian adalah mengutamakan bernikah dan menetap diri di rumah (tidak bekerja) jika berkemampuan, kecuali jika ada keperluan dan kepentingan terhadap keluarga, agama dan masyarakat.

“Seeloknya bagi wanita perlu elakkan diri daripada bercampur dengan lelaki. Bahkan lebih afdal bagi wanita untuk bersolat di rumahnya berbanding di masjid. Selain itu bagi anak gadis adalah menjadi auwlawiyat (keutamaan) untuk mendahulukan nikah dan perkahwinan sebelum pekerjaan.

"Mereka yang belum bernikah maka nafkah dirinya adalah di bawah tanggungjawab wali mereka kecuali kerana kemiskinan dan walinya tidak mampu,” katanya.


Batasan pergaulan
Bagi yang ingin bekerja juga, Emran berkata, perlu menjaga batasan pergaulan dengan kaum lelaki dan tidak berhubung kecuali atas keperluan dan pekerjaan. Menurutnya, ALLAH menetapkan bahawa lelaki dan wanita harus menjaga batasan dan tidak berhubung kecuali dalam hal yang dibenarkan. Wanita hendaklah menundukkan pandangan dan mengelak diri daripada bertembung dengan lelaki atau bersama mereka bersendirian yang boleh menimbulkan fitnah.

“Hal ini bermaksud adab seorang perempuan itu dengan memelihara dirinya daripada bergaul bebas dengan lelaki seperti makan sekali, berjalan berdua-duaan, menaiki kereta dan kenderaan yang sama tanpa mempunyai ikatan yang sah.

"Perbualan yang tidak membawa manfaat dan keperluan hendaklah dielakkan kerana sesungguhnya dosa zina itu selalunya bermula dengan penglihatan dan percakapan,” katanya.

Wanita itu perlulah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga cara berpakaian, perbuatan dan perbicaraan serta pergerakan mereka apabila berada di hadapan bukan mahram serta di luar rumah.

“Hendaklah wanita yang bekerja menutup aurat dengan sempurna dan menjaga bahagian anggota badannya daripada pandangan lelaki. Ini kerana sesetengah wanita memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan hal itu ialah haram,” katanya.

Satu lagi perkara yang selalu dipandang enteng oleh wanita ialah larangan memakai minyak wangi dan haruman yang kuat dan boleh dihidu lelaki. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi mendapat dosa zina." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad - hasan)

Kesimpulannya, Islam membezakan peranan lelaki dan perempuan. Ini ditegaskan sebagaimana ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki itu tidaklah sama seperti anak
perempuan.” (Surah Ali-Imran : 36)

Sunday, July 7, 2013

Ilusi dan Fantasi



Kala ku sendiri ia mula bertanda
Fikiran ku mula melayang
Melayang jauh entah ke mana
Aku bukan lagi aku

Bukannya aku dah lupa diri
namun hanya aku yg mengerti
hanya aku dan khayalan ku di saat ini
indah, bagai ada taman dlm hati

tak pernah bertentang mata
apatah lagi nak berjabat tangan
kewujudan ku dia tak tahu
tapi dirinya seluruh dunia tahu

dia tak tahu pun siapa aku
tp aku tetap dpt melihat senyumannya
dia tak pernah dengar suara aku
tp setiap hari aku dpt mendengar suaranya
dia tak tahu pun aku di mana
tp di mana saja dia berada….
Aku sentiasa ada di “belakangnya”

Senyumannya dah cukup buatku bahagia
Telatahnya dah ckup buat ku sering ketawa
Apatah lagi dengan suaranya
Membuatkan aku bukan lagi di dunia yang nyata

Ilusi, fantasi..
Tiada apa yg perlu disangsi
Yg indah, yg bahagia
Itu saja yg dirasa
Tekanan, sakit hati
Tepiskan saja ke tepi
Yg pasti saat ini
Aku saja yg happy…







Sunday, May 19, 2013

Alhamdulillah..



Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Kerana aku masih mampu utk menitiskan air mata kekesalan..
Tanda aku masih sedar..
Hanya ENGKAU MAHA SEGALANYA
Tanda aku masih sedar..
Betapa kerdilnya hamba-Mu ini..

Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Menitisnya air mata aku kali ini..
Sekali lagi kau membuka pintu hatiku
Dalam menilai kebenaranMU..

Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Kerana menitisnya air mata ini..
Menjadi penguat buat ku dalam terus
Menghadapi ujianMU..

Alhamdulillah..
Ku bersyukur Ya Allah…
Sesungguhnya ujianMU itu
Tandanya ENGKAU terus
Menyayangi dan peduli terhadap hamba-Mu ini…
















TRANSLATIONS

*Don't stop can't stop*

One by one my scars acumulate
The fear in my heart only grows
I can finally see the top
but my body slowly starts to fail
I grit my teeth;
I worked too hard to get here,
I can’t crumble now,
Even if you rip at me, I’ll just smile
Keeping the scars hidden deeply in my heart
Let’s go

I can’t give up now
(I can’t give up)
My footsteps can’t disappear now
If I can’t stand up I’ll fall
(I can’t fall down)
I don’t ever want to go back to the beginning

I can never break down
It’s too late for me to fall
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

This chance will never come again
I don’t ever want to lose it
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

You wanna see me fall right?
(Haters)
Like a candle on a windy night,
Yeah right
Just watch me do this
Take a breath hold tight
I’m never going down without a fight,
aAight?

You can cut me but you can’t get through me
No amount of scars will kills me
So no matter how many tears well up
I will never be shaken
Even if I’m dying I’ll never let my enemies know.

Even if I feel like I can’t hold on
(I can’t give up)
Even if I feel like I can’t keep up
If I can’t hold my own I’ll fall down
(I can’t hall down)
I don’t ever want to go back to the beginning

I can never break down
It’s too late for me to fall
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

This chance will never come again
I don’t ever want to lose it
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

(Pain) Gather the pain
(Fear) Gather my fears
Memories of my broken heart
Gather all the times I struggled in heartbreak
Burn, Let it burn
Burn, Let it burn
It’s burning inside of me flame, flame
Cause I got one shot to the top uh

I can never break down
It’s too late for me to fall
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

This chance will never come again
I don’t ever want to lose it
So we don’t stop (2)
We can’t stop (P)
Until we reach the top (M)

Thursday, April 18, 2013

Tuesday, November 27, 2012

'Percubaan'

No. 1


“..Pedih hati bagai ditusuk sembilu.. tanpa disedari air mata berlinangan membasahi pipi..
Namun masih aku ingin melihat wajah mu buat kali terakhir.. mungkin… mungkin untuk kali yang terakhir, walau aku sendiri tak pasti..
Tetapi.. kau sedikit pun tidak memalingkan wajah padaku.. sememangnya hanya Tuhan yang tahu apa yang kau rasakan di saat ini.. kalau sebelum ini kita punya rasa yang sama.. namun ku akui hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Di sebalik cermin tingkap kereta itu masih aku perhatikan mu.. tenang… kereta mula bergerak… semakin itu aku tidak mampu lagi menahan air mata yang terus jatuh berlinangan.. terasa detik masa terhenti di situ.. tak mampu lagi untuk aku menggerakkan langkah kaki ku ini..
Kenapa?.. kenapa?... aku mula persoalkan kepada takdir.. namun sehingga saat ini aku masih dapat merasakan kita punya rasa yang sama..
Aku tahu semua ini bukan kerelaan mu.. aku tahu kau hanya ingin yang terbaik.. benarlah apa yang dikata.. kita manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan juga yang Maha Penentu segala-galanya..

Tidak mengapalah sayang.. aku akan sentiasa belajar untuk terima semua ini.. biarpun kau tidak lagi di depan mata ku dan tidak lagi berada di sisi ku… namun Allah itu sentiasa ada bersama kita…
Teruskanlah berdoa… hanya itu usaha yang mampu dan seharusnya kita lakukan… teruskanlah berdoa… berdoa.. berdoa.. dan berdoa… jangan sesekali kau berputus asa untuk berdoa..
Sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuan-Mu Ya Allah….”

No. 2 

"..maafkan aku
setulus hatimu
kepergian diriku itu bukan keingininku
terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu.."

bait - bait lirik lagu st12 Cinta Tak Harus Memiliki, diamati dan sangat menyentuh hati Amer.. sambil berbaring di atas katil merenung kipas ligat berputar.. mendinginkan tubuhnya setelah seharian bekerja..

“Wana.. maafkan aku.. sememangnya aku terpaksa lakukan semua ini.. demi kebaikan dirimu.. entah kenapa begitu sukar utk aku berdepan dgn mu.. apatah lagi kelu lidah ku utk melafazkan kata selamat tinggal.. emm.. salahkah tindakan ku?.. andai kau terluka sekarang.. mengertilah sesgghnya aku lagi tdk sanggup melihat kau merana dan terseksa sepanjang hidup bersama dengan ku..” Amer mengeluh panjang.. pedih hatinya menahan air mata drpd terus menitis.. tiba-tiba tersentak seketika, saat pintu biliknya dibuka seseorang. Kelihatan ibunya Puan Mariam tersenyum sinis di muka pintu..

“mak.. masuk lah..” sapa Amer dan lantas mematikan suis radio yang terletak di hujung kepala katil. Puan Mariam meneruskan langkah masuk ke kamar anak bujangnya dan sedia duduk di sebelah Amer. Amer hanya tersenyum menatap wajah ibunya.

“Amer.. amer dah tekad ke nak?” soal Puan Mariam dengan nada yang lembut. Amer tidak terus menjawab, dia hanya mampu menundukkan pandangannya. Puan Mariam sabar menanti jawapan drpd Amer dengan hanya setia menatap wajah anaknya itu. Beberapa saat Amer mula mengangkat mukanya memandang tepat ke wajah ibunya. Amer menganggukkan kepala tanda jawapan kpd “ya”. Puan Mariam sedikit mengeluh. “Amer tak kesian kan wana ke?” soalnya lagi. “mak.. sememangnya ini yg terbaik.. apa lg pilihan yg amer ada mak.. tak kan lah amer sanggup nk tgk hidup dia lbh merana..” jelas Amer panjang lebar.

“yelah.. Cuma.. bila amer nak bertrus terang dgn dia? Mak rasa dia juga perlu tahu keadaan Amer yg sebenar.” Soalan demi soalan ditujukan kpd Amer, mengharap penjelasan yg lebih terang. Sekali lagi Amer mengeluh panjang, lantas bangun berdiri menuju ke muka tingkap, memalingkan pandangan ke arah luar cuba melapangkan mindanya. Soalan ibunya kali ini memang dia sendiri tidak tahu. Puan Mariam pula bangun dan terus berdiri di sebelah Amer. “ tak pelah amer, mak minta maaf ye, mak bknnya nk mengusutkan fikrn kamu, tp cma satu je yg mak boleh pesan, jgn berhenti berdoa, mohon petunjuk drpd Allah, apa yg trjadi semua ni pn pasti de hikmahNya.” Puan Mariam menepuk perlahan di bahu kanan Amer berharap ada ketenangan sedikit di hati anaknya itu. Sedaya mungkin amer cuba mengukir senyuman utk ibunya. “insyaAllah mak.. insyaAllah..” hanya itu yg termampu diucapkan. Puan Mariam lantas menuju ke muka pintu terus keluar dr bilik itu meninggalkan amer sendirian melayan perasaan.

“Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku dan hatinya dalam menghadapi semua ketentuanMu ini.. sesungguhnya setiap apa yg ku lakukan, hanya mngharapkan keredhaanMu Ya Allah..”


bersambung.. (kalau de idea)